PUAN ROSESINEY A/P RAMASAMY
Khamis, 2 Jun 2011
PERTUKARAN EN. HAMIDUN
Selamat bertukar dan bertugas ke tempat baru kepada En. Hamidun b. Daie. Terima kasih atas segala sumbangan tenaga yang telah beliau curahkan di SMK. Sg. Choh. Beliau telah memulakan tugas di SRJK (C) Serendah mulai 1.6.2011 (Rabu).
Jumaat, 22 April 2011
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS
Khamis, 29 April 2010
JAMUAN MERAIKAN PERTUKARAN HEM
Isnin, 18 Januari 2010
SUMBANGAN KELAB GURU
Kelab guru memberi sumbangan minuman herba jenama Brand kepada En. Hamidun b. Daie. Beliau akan menjalani rawatan susulan di Hospital Selayang pada 21.1.2010. Beliau mengucapkan terima kasih atas ingatan, simpati dan sumbangan yang dihulurkan. Didoakan agar beliau cepat sembuh.
Jumaat, 15 Januari 2010
Jumaat, 8 Januari 2010
KEMALANGAN JALAN RAYA
En. Hamidun b. Daie, salah seorang PAR SMK. Sg. Choh telah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya berhampiran Restoran Seri Pagi pada jam 2.00petang Hari Rabu (6.1.2010) semasa dalam perjalanan menjalankan tugas selepas waktu rehat makan tengahari. Alhamdulillah beliau dalam keadaan sihat walaupun tulang selangka sebelah kanan beliau patah. Didoakan semoga beliau sabar dan tabah serta cepat sembuh.
Khamis, 24 Disember 2009
MEMBERSIHKAN MAKMAL SAINS 4
Rabu, 2 Disember 2009
SELAMAT BERTUGAS
Jumaat, 9 Oktober 2009
BERTUGAS HARI AKHIR DI SMK. SG. CHOH
Pn. Laila bt Mohd. Amin telah bertugas di SMK. Sg. Choh selama 11tahun. Beliau telah banyak mencurahkan khidmat bakti dan berjasa di sekolah ini. Beliau akan dinaikkan pangkat ke gred N22, bertukar dan bertugas di SK. Bandar Baru Rawang mulai 12.10.2009. Jasa beliau tetap dikenang dan semoga beliau terus menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya di tempat dan suasana yang baru.
MESYUARAT PENGURUSAN STAF SOKONGAN KALI KE-2
Jumaat, 28 Ogos 2009
RUTIN BIASA
Khamis, 27 Ogos 2009
PELUPUSAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER
En. Mohd. Khairil Hafiz (juruteknik komputer), bersama penyelaras makmal sedang meneliti dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk proses pelupusan peralatan Makmal Komputer. Lawatan ke Makmal SMK. Syed Mashor sedikit sebanyak dapat membantu beliau untuk mengetahui prosedur yang betul untuk melupuskan peralatan yang terdapat di Makmal Komputer.
Sabtu, 15 Ogos 2009
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Jumaat, 14 Ogos 2009
BERTUKAR SEKOLAH
Pn. Jamilah bt Abdul Wahid telah dipindahkan ke SK. Sg.Choh bermula pada 17/8/2009. Beliau bertugas di SMKSC mulai 20/9/1979 hingga 16/8/2009 (hampir 30tahun). Sepanjang tempoh tersebut beliau telah bertugas di bawah 8orang Pengetua, sudah tentu banyak asam garam yang telah beliau lalui. Seluruh warga SEMESCO mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Semoga ceria selalu.

Selasa, 21 Julai 2009
KETUA PEMBANTU TADBIR
Selamat datang kepada Pn. Janiah bt Mohd. Shah. Seluruh warga SEMESCO mengalu-alukan kedatangan beliau ke sekolah ini. Semoga kehadiran beliau akan bertambah mantap dan lebih licin lagi pengurusan pentadbiran pejabat SMKSC.
Nama: Pn. Janiah bt Mohd. Shah
Jawatan: Ketua Pembantu Tadbir
Gred: N22
Tempat Lahir: Kg. Sg. Choh Stesen
Khamis, 2 Julai 2009
MAJLIS PERPISAHAN PN. RAKNA
ALUAN BLOG
Kini telah terbina blog WARGA staff sokongan SMKSC. Diharapkan dengan adanya blog ini, dapatlah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta bertukar-tukar pendapat mengenai bidang tugas masing-masing. Sekian terima kasih
Langgan:
Catatan (Atom)